Ulu Permaculture adalah firma perunding permakultur dan pertanian yang berpusat di Malaysia dan Singapura.

Visi kami adalah untuk melihat lebih ramai orang menanam secara beretika dan berekologi. Dengan mengizinkan perniagaan dan syarikat besar untuk menghasilkan makanan kita, ia telah menjejaskan kesihatan kita, memusnahkan alam sekitar, dan menjauhkan manusia dari alam semulajadi.


Idealogi Ulu Permaculture

Kami merekabentuk landskap berdasarkan prinsip-prinsip permakultur iaitu:

  1. Penjagaan bumi,
  2. Penjagaan orang,
  3. Pembahagian adil.

Kami merancang sistem secara keseluruhan. Banyak pertimbangan diberi kepada objektif pelanggan, kawasan tanah, tumbuh-tumbuhan asalan tanah, keadaan tanah, pengeluaran makanan, perumahan pasif, pengurusan air, kitaran kesuburan, pengurusan sisa, biodiversiti, nilai hiasan dan sebagainya. Keperluan penyelenggaraan selepas pembinaan juga dipertimbangkan.

Semasa pelaksanaan, kaedah-kaedah yang kurang mengganggu alam semulajadi digunakan. Kami tidak meratakan cerun tanah atau menebas tumbuh-tumbuhan asalan tanah tanpa sebab. Baja kimia dan racun perosak langsung tidak digunakan. Kami tidak merancang semata-mata untuk estetika atau mengikuti trend global. Yang paling penting, kami melihat diri sendiri sebagai penjaga tanah dan alam semulajadi. Reka bentuk kami berusaha untuk memulih semula tanah dan alam semulajadi.

Kekuatan kami terletak pada kebolehan kami untuk menyepadukan pelbagai topik dalam satu sistem.

  • Hutan pertanian
  • Kebun sayur
  • Pertanian organik
  • Landskap yang boleh dimakan
  • Komposan dan pengurusan sisa
  • Perternakan haiwan
  • Kerja-kerja tanah
  • Pengurusan air
  • Akuakultur
  • Perumahan pasif
  • Penambahan tanah
  • Pemulihan semula hutan

Perkhidmatan Kami

Pasukan kecil kami bekerja secara fleksibel dan bergantung pada keperluan pelanggan. Kami boleh menyediakan perkhidmatan yang berikut:

Perundingan

  • Sekiranya anda ingin memulakan penanaman, ataupun sudah menanam, di tanah anda, kami menyediakan perundingan berdasarkan prinsip-prinsip permakultur. Ini biasanya melibatkan sekurang-kurangnya satu lawatan ke tanah anda. Selepas itu, kami akan menyediakan laporan ringkas siap dengan cadangan.

Reka bentuk

  • Persediaan reka bentuk untuk tanah anda akan melibatkan perbincangan yang lebih luas mengenai objektif, bajet dan limitasi anda. Kami akan melalui beberapa pusingan maklum balas sebelum menyelesaikan reka bentuk. Reka bentuk terperinci kami termasuk pengurusan air, akses ke tanah, zon, bangunan, pemilihan tumbuhan, haiwan, dan banyak pertimbangan lain. Kami juga menyediakan langkah-langkah untuk pelaksanaan supaya anda boleh melaksanakan reka bentuk sendiri atau dengan kontraktor anda.

Pelaksanaan

  • Kami dapat melaksanakan reka bentuk atau cadangan sama ada sebagai kontraktor, pengurus projek dengan kontraktor anda, atau penyelia untuk pekerja anda. Jenis pelaksanaan termasuk kerja-kerja tanah, pembinaan dan penanaman.

Penyelenggaraan

  • Penyelenggaraan jangka panjang sering diabaikan selepas memulakan projek baru. Selepas pelaksanaan, maklumat baru and maklum balas yang kami terima di sepanjang jalan pastinya akan digunakan untuk memperbaiki reka bentuk asal. Kami boleh membantu anda sama ada sebagai petani kediaman atau penyelenggaran sekali sekala. Kami juga boleh menjalani latihan atau kursus untuk pekerja-pekerja ladang anda.

Pendidikan

  • Generasi kini semakin kehilangan kemahiran untuk menghasilkan makanan sendiri. Untuk menyimpan pengetahuan ini di dalam komuniti kita, kami sedia menjalani program-program untuk kanak-kanak dan orang dewasa. Program-program ini akan mengajar cara untuk bertanam dan menghasilkan makanan sendiri. Latihan dan kursus mengenai aspek permakultur yang lain juga kami boleh menyediakan. Selain itu, kami boleh menyediakan latihan mengenai pelbagai aspek permakultur yang lain.